Lawatan Sekolah

Lawatan Sekolah ke Taman Warisan Melayu

Maklumat

Bayaran Kemasukan ke galeri-galeri pameran tetap Taman Warisan Melayu percuma buat para pelajar dan guru warga Singapura.
Pendaftaran Rombongan-rombongan sekolah yang ingin berkunjung ke TWM dikehendaki mendaftar sekurang-kurangnya 4 minggu lebih awal. Ini akan membantu kami menguruskan jumlah pengunjung ke galeri-galeri pameran tetap dan kemudahan-kemudahan kami bagi memastikan kenyamanan semasa kunjungan anda. Sila isikan borang tempahan ini dan emel kepada kami di NHB_MHC@nhb.gov.sg.

Lawatan Berpemandu

Sertai kami dalam lawatan berpemandu di galeri-galeri tetap Taman Warisan Melayu dan pelajari dengan lebih mendalam tentang kepentingan masyarakat Melayu. Lawatan-lawatan berpemandu ini diadakan dalam bahasa Inggeris oleh para jurupandu sukarela kami yang terlatih.

Maklumat
Durasi: 45 minit
Saiz Kumpulan:

Terhad kepada 15 peserta setiap lawatan. *Waktu lawatan secara bergiliran boleh diaturkan untuk tempahan rombongan yang besar. Sila emel kami di NHB_MHC@nhb.gov.sg untuk maklumat lebih lanjut.

Bahasa: Inggeris
Pembayaran: Percuma. *Yuran kemasukan dikenakan untuk para guru dan pelajar dari luar negara.

Pendaftaran berdasarkan untuk sesiapa yang terlebih dahulu membuat tempahan serta keberadaan jurupandu sukarela kami. Sila membuat pendaftaran anda untuk lawatan berpemandu sekurang-kurangnya 4 minggu terlebih dahulu. Untuk pendaftaran, sila isikan borang tempahan sekolah ini dan emelkan kepada kami di NHB_MHC@nhb.gov.sg.

Sebuah emel konfirmasi akan dihantar kepada anda setelah tempahan anda ditetapkan. Sekiranya anda tidak mendapat sebarang khabar daripada kami, sila hubungi kami melalui emel NHB_MHC@nhb.gov.sg atau talian +65 6391 0450.

Lawatan Pendahuluan

Guru-guru atau pegawai pentadbir sekolah digalakkan untuk membuat lawatan pendahuluan ke TWM. Ia akan memudahacarakan perancangan logistik dan memberi pengenalan kepada kemudahan-kemudahan dan kawasan sekitar. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang galeri tetap TWM, para guru dan pegawai pentadbit sekolah disarankan untuk mengikuti lawatan berpandu percuma kami, yang diselenggarakan oleh oleh para jurupandu sukarela yang terlatih di waktu-waktu yang berikut:

 

Bahasa Inggeris
Hari Waktu
Setiap Selasa hingga Jumaat 11:00pg
Setiap Sabtu 2:00ptg

Dalam Bahasa Mandarin
Hari Waktu
Sabtu ketiga setiap bulan 1:00ptg

Lawatan Sekolah

Rombongan-rombongan sekolah yang ingin berkunjung ke TWM dikehendaki mendaftar sekurang-kurangnya 4 minggu lebih awal. Ini akan membantu kami menguruskan jumlah pengunjung ke galeri-galeri pameran tetap dan kemudahan-kemudahan kami bagi memastikan kenyamanan semasa kunjungan anda. Sila isikan dan emel borang tempahan ini kepada kami.

Pihak sekolah juga boleh mendaftar untuk lawatan berpandu yang diadakan dalam Bahasa Inggeris dengan percuma.

Sebuah emel konfirmasi akan dihantar kepada anda setelah tempahan anda ditetapkan. Sekiranya anda tidak mendapat sebarang khabar daripada kami, sila hubungi kami melalui emel NHB_MHC@nhb.gov.sg atau talian +65 6391 0450.

Diubah Suai Terakhir: 24 January 2020